Wednesday, January 27, 2010

Oit.. Lame x post pape kan??

Aku ade berita terkini dari CNN TGBians..

Diorg ni mcm gossip girl la lebih kurang..

This is one of the most shocking posts i've read in their blog..

Aku copy n paste utk korang k??

btw, this is written by haziq ghafar

ok dah. then, ak nk ckp psl news from maktab kite, TGB. ak dgr, dak2 ni kene prep malam kat DS psl nk jimat duit lah konon nye. so, mak bapak abes hentam pihak pengurusan. well, as usual, si sabri pon bg explaination; ni die, ak dpt dr bapak aku, die dpt email from google group for TGB parents n teachers.

"Assalamualikum wbh.
 
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang begitu prihatin dengan pihak pentadbiran MRSMTGB. 
 
Pertama sekali saya mohon maaf kerana ketinggalan dalam perbincangan ini kerana sibuk dengan urusan sehingga tak sempat membaca perbincangan ibubapa dalam e group ini sejak 5 hari yang lalu. Kebetulan saya sibuk menguruskan kursus kepimpinan LDP Lembaga Disiplin Pelajar / badan kepimpian pelajar yang diadakan di Kem Rej 514 Kem Bukit Beruang Melaka dari 15 - 17 hb Jan 2010. Dalam hujung minggu lalu banyak program pelajar dijalankan : Kem PRS diadakan di Port Dickson, BADAR buat program dengan kerjasama bekas pelajar, ada kumpulan terlibat dengan kerja amal membersih kubur di Kg Simpang Kerayung, ada Homeroom yang buat aktiviti luar bersama penasihat mereka dan banyak lagi. Sori sebab saya tak sempat membaca semua email perbincangan, dan mungkin saya tidak dapat merespons semua yang dikemukakan.
 
ISU PENJIMATAN ELEKTRIK.
 
1. Saya harap ibubapa tidak perlu risau tentang isu ini. Keselesaan belajar anak-anak tuan/puan adalah perkara utama yang kami beri perhatian. Bukan sebagaimana yang digambarkan oleh ibubapa.
 
2. Saya dapati banyak perkara yang dibincangkan tersasar daripada fakta dan banyak perkara tokok tambah, yang saya sendiri tak tahu puncanya. Seperti :
 
  - Potongan bajet sehingga 85 peratus.
  - Arahan prep di DS melibatkan prep petang dan malam.
  - peruntukan untuk elektrik daripada RM350 k kepada 150 k sahaja.
  - peruntukan repair pintu tandas asrama tidak ada.
  - Peruntukan makan tidak dipotong dsb nya.
  - Kesan negetif prep di Dewan makan.
 
Potongan bajet
 
Bukan di MRSM TGB Jasin sahaja yang di cut bajet belanja mengurus, bahkan di semua sekolah dan insitusi pengajian di Malaysia di cut bajet. Seluruh MRSM terima potongan bajet juga. Semua sekolah SBP pun dipotong teruk sehinggakan semua pelajar diwajibkan pulang setiap jumaat -sabtu ahad kerana peruntukan makan untuk 5 hari seminggu. Hari jumaat lepas, bandar Jasin jadi jammed kerana pelajar-pelajar asrama disekolah2 Jasin wajib balik. Di TGB alhamdulillah, soal makanan untuk pelajar kita masih boleh pastikan yang terbaik, sama seperti tahun lepas. Walaupun sebenarnya bajet makan juga di potong. Kalau tahun lalu bajet makanan sehingga RM2.8 juta tapi tahun ini hanya RM2.2 juta shaja. Pengurangan hampir RM600 ribu.Mungkin satu caranya, minggu-minggu pulang bermalam wajib akan diperkenakan. Sudah tentu akan menjejaskan perjalanan program akademik yang telah dirancang setiap sabtu.
 
Arahan Prep di Dewan selera
 
1. Kita telah menjalankan kempen kesedaran berjimat cermat di kalangan pelajar sejak pelajar mula datang semasa dalam kursus orientasi semula. Amalan berjimat adalah amalan yang mulia yang perlu dijadikan sebahagian daripada pendidikan. Bukan sahaja letrik, bahkan air dan amalan pembaziran makanan dan lain-lain. 
 
2. Selari dengan peraturan, kita mohon pelajar mematuhi masa lights off jam 11.30 malam. Mengosongkan kelas-kelas akademik selepas jam 11.00 malam. Mematikan suis-suis lampu di asrama bila tidak diperlukan. Menutup lampu-lampu laluan pejalan kaki apabila siang dsb. TETAPI nampaknya penghayatan pelajar / anak-anak kita tidak begitu terasa dalam diri mereka. Kerana yang membayar bil bukan mereka / bukan ibu bapa mereka. Warden-warden / LDP terpaksa bekerja keras memastikan pelajar yang prep di kelas-kelas ikut peraturan, jam 11 balik ke asrama. Tahun lepas isunya, banyak kejadian kes dating dan couple berlaku ketika prep malam.
 
3. Cadangan saya kepada pelajar (belum dilaksanakan pun), hanya mahukan timbul kesedaran pelajar dengan tanggungjawab bersama - sama-sama kita berjimat cermat. Soal keselesaan belajar - sudah pasti kita mahukan mereka belajar dengan selesa / kondusif.
 
4. Cadangan hanya melibatkan prep malam sahaja, tidak melibatkan waktu prep petang, kerana banyak kelas-kelas bimbingan / tambahan diadakan oleh guru-guru. Begitu juga pelajar masih ada pilihan belajar di Pusat Sumber Ilmu.
 
5. Sebenarnya sebelum ini, DS adalah tempat prep malam bagi pelajar perempuan yang "uzur" yang tidak mengikuti program kerohanian di surau antara maghrib dan isyak. Saya tidak melihat ianya satu masalah. Pelajar-pelajar khususnya pelajar perempuan lebih menguntungkan prep di DS kerana jimat dari segi masa. Jarak perjalanan dari Blok G ke kelas sejauh lebih 350 meter. Dan boleh prep terus sehingga waktu minum malam jam 10.45 malam di tempat yang sama. Dahlah perjalanan pergi ke kelas selepas isyak mengambil masa, tak sampai 1jam 30 minit mereka kena balik ke asrama semula. Di DS ada 800 kerusi, dan masih boleh belajar dengan selesa untuk kapasiti 439 orang F5 yang ada. Itupun masih diberi alternatif untuk prep di dewan PSI pusat sumber.
 
6. Prep di DS bukan perkara baru di MRSM TGB, dulu pun pernah dilaksanakan prep di situ, dan tidak menjejaskan pencapaian pelajar. Tempatnya selesa, malah dekat dengan pemantauan pejabat warden. Seingat saya semasa belajar di SBP dulu, di Kolej Islam Kelang semua pelajar prep di Dewan Makan.
 
7. Walau bagaimana pun, kita tak jadi buat prep di DS, dan pelajar boleh terus prep di kelas-kelas seperti biasa. sebagai give and take, pelajar-pelajar dikehendaki menghormati peraturan maktab iaitu ... mesti pulang ke asrama selepas jam 10.45 sahaja dan light off jam 11.30 malam.
 
8. Saya anggap kes prep di DS ni dah selesai. Ibu bapa beri lah kepercayaan kepada pihak maktab untuk menguruskan prep pelajar. Keselesaan pelajar untuk belajar adalah perkara yang utama bagi kami. 
 
Peruntukan bil elektrik untuk 2010 & masalah pintu tandas.
 
Saya tak tahu camana angka ini diketahui umum. Sepatutnya kita tak perlu dedahkan kepada ibu bapa pun. Walau bagaimanapun, oleh kerana isu ini dibincangkan. elok saya perjelaskan. Dibandingkan peruntukan tahun lepas sebanyak RM300 ribu tahun 2010 hanya RM167 ribu sahaja. Air tahun lepas 300 ribu tahun ini hanya Rm64 ribu sahaja. Bil air bulanan antara 38 ribu - 41 ribu sebulan. Meningkat ketara pada bulan Sept, Okt dan November mencecah 43 ribu kerana pelaksanaan aktiviti kecemerlangan secara maksimum. Dengan bajet RM167 ribu hanya mampu membiayaai 4 hingga 5 bulan sahaja.
 
Bajet mentainance asrama tahun lepas RM 50 ribu, tahun ini hanya hanya RM4,500sahaja. Tahun ini kos nak repair pintu-pintu tandas dan bilik air di asrama lelaki sahaja tak cukup. Kita ada 112 pintu tandas dan bilik air di asrama lelaki, semua jenang2 pintu dah reput, nak tukar tu saje anggaran 74 ribu. Mentainance yang lain almari, katil, tangki flush nak cekau kat mana? Sedangkan kita berterusan terima komplen dari ibu bapa, khususnya 17hb Feb nanti, pelajar t4 datang.
 
Saya keberatan untuk menjelaskan angka di sini, tetapi saya rasa dalam keaadaan terpaksa saya nyatakan juga.
 
Dan pengawal pusat dilarang menggunakan wang melebihi peruntukan.
 
Itu dulu yang sempat saya kongsikan.
 
Mudah-mudahan dengan penjelasan ini melegakan perasaan ibu bapa sekelian.
 
Kita memang berdepan dengan masalah kewangan ekoran "bajet ciput yang diterima" dan kami amt menghargai sesungguhnya sebarang sokongan daripada ibu bapa untuk kita meneruskan semua program kecemerlangan yang dirancang untuk tahun 2010.
 
KEM KEPIMPINAN LDP yang baru diadakan, alhamdulillah kita amat bertuah kerana mendapat kerjasama Pihak Kem tentera Rej 514 AW yang membenarkan pihak MRSM TGB menggunakan segala kemudahan kursus, dewan seminar, tempat aktiviti, segala prasarana kem, malah diberinya khidmat jurulatih hanya dengan bayaran token yang amat minima. Ini telah menjimatkan wang belanja mengurus MARA. Kem kepimpinan besar pada 29 - 31 Jan 2010 yang dirancang oleh Unit Kaunseling masih terumbang ambing nasibnya kerana menngambil kira faktor kewangan.
 
Projek Fasa 2 tempat wuduk Surau juga ditangguhkan sekiranya tiada sumber kewangan.
 
 
USTAZ MOHD SABRI BIN MAMAT
Timbalan Pengetua HEP
MRSM Tun Ghafar Baba."

Sekian sahaja daripada CNN TGBians
Just Goss!

No comments:

Post a Comment

HIDUP BARU!!

HIDUP BARU!!
..KAMI NAK KITA!