Terpanggil untuk mengulas sedikit mengenai trilogi bagaikan puteri. Saya yakin saudara RAM membuat kajian yang mendalam untuk menghasilkan karya tersebut. Ingin saya kongsi bersama. Kejadian Haryanie berada di hijab lain pernah saya alami dahulu. Mungkin itu membuatkan saya rasa dekat dengan trilogi tersebut. Untuk pengetahuan saudara RAM. Saya pernah sakit. Sakit yang disebut sakit kampung yang kononnya seorang manusia telah terpilih untuk mewarisi ilmu perubatan dari makhluk halus bunian. Sakit yang dialami bukanlah seperti orang terkena histeria atau rasukan hantu. Ianya bermula dengan kepala saya yang terasa berdengung dan membesar dan seluruh urat saraf sakit. Tubuh menjadi lemah. Selama berbulan benda yang sama di alami sehinggalah suatu hari saya sudah tidak punya perasan untuk berkomunikasi kerana yang berlaku hanyalah tiba-tiba saya tahu bercakap arab, hafaz Al-Quran dan boleh nampak alam ghaib. Lebih dari itu saya boleh nampak apa-apa kesakitan orang lain seolah mata mempunyai 3 Dimensi dan yang pelik sekali saya nampak bayangan apa yang bakal berlaku keesokkan hari. Keadaan ini membuatkan saya tidak keruan sehingga seorang ustaz di panggil untuk mengubati saya dan dia telah membacakan zikir-zikir sehingga saya tertidur. Bukan sahaja tertidur seperti tidur biasa, rupanya roh saya telah keluar dari badan sehingga saya boleh nampak jazad saya terbaring dan keluarga merayu saya kembali. Dalam saya tertidur saya telah berkomunikasi dan berjumpa dengan Sheikh Abdul Jabbar (salah seorang wali allah), bidan 7, hang jebat dan hang tuah. mereka ini dikatakan berdamping dengan saya dari kecil lagi. Wallahuallam. Tapi peristiwa tersebut masih terpahat sehingga sekarang. Dan keluarga saya semua bercerita bagaimana saya bertukar menjadi sorang yang brcahaya mukanya bila saja tersedar dari tidur yang selama 14 hari itu. jadi bila saudara Ramlee bercerita mengenai hijab pelayaran roh semasa koma memang ia berlaku. Saudara Ramlee tidak menipu pembaca dan saya juga tidak merekacipta peristiwa ini. Sekian.
*Dari email dari dikirim oleh Siti Zuraida Hashim
No comments:
Post a Comment