Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, ia berkata : “Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : ‘Setiap anggota badan manusia diwajibkan bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, kamu menolong seseorang naik ke atas kendaraannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kendaraannya adalah sedekah, berkata yang baik itu adalah sedekah, setiap langkah berjalan untuk solat adalah sedekah, dan menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah ”. (HR Bukhori)
Wednesday, March 31, 2010
SEGALA PERBUATAN BAIK ADALAH SEDEKAH
Tuesday, March 30, 2010
BERSEDEKAH TIDAK SEMESTI DENGAN HARTA
Dari Abu Dzar radhiallahu 'anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, ia berkata: Sesungguhnya sebahagian daripada para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya lebih banyak mendapat pahala, mereka mengerjakan solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka”. Nabi bersabda : “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu untuk bersedekah ? Sesungguhnya tiap-tiap tasbih adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah dan persetubuhan salah seorang di antara kamu (dengan istrinya) adalah sedekah “. Mereka bertanya : “ Wahai Rasulullah, apakah (jika) salah seorang di antara kami memenuhi syahwatnya, ia mendapat pahala?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab : “Tahukah engkau jika seseorang memenuhi syahwatnya pada yang haram, dia berdosa, demikian pula jika ia memenuhi syahwatnya itu pada yang halal, ia mendapat pahala”. (HR Muslim)
Monday, March 29, 2010
HARAM BERBUAT ZALIM
Sunday, March 28, 2010
SUCI ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
Dari Abu Malik, Al Harits bin Al Asy'ari radhiyallahu 'anhu, ia berkata : “Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : ‘Suci itu sebahagian daripada iman, (bacaan) alhamdulillah memenuhi timbangan, (bacaan) subhaanallah dan alhamdulillah keduanya memenuhi ruang yang ada di antara langit dan bumi. Solat itu adalah nur, sedekah adalah pembela, sabar adalah cahaya, dan Al-Qur'an menjadi pembela kamu. Setiap manusia bekerja, lalu dia menjual dirinya, kemudian pekerjaan itu dapat menyelamatkannya atau mencelakakannya”. (HR Muslim)
Saturday, March 27, 2010
MELAKSANAKAN SYARI'AT ISLAM DENGAN BENAR
Dari Abu ‘Abdullah, Jabir bin ‘Abdullah Al Anshari radhiyallahu anhuma, sungguh ada seorang lelaki bertanya kepada Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : “Bagaimana pendapatmu jika aku melakukan solat fardhu, puasa pada bulan Ramadhan, menghalalkan yang halal (melaksanakannya dengan penuh keyakinan), mengharamkan yang haram (menjauhinya) dan aku tidak menambahkan selain itu sedikit pun, apakah aku akan masuk syurga?" Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab : " Ya" (HR Muslim)
Friday, March 26, 2010
ISTIQAMAH
Dari Abu ‘Amrah Sufyan bin ‘Abdullah radhiyallahu anhu, ia berkata : " Aku telah berkata : ‘Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku tentang Islam, suatu perkataan yang aku tak akan dapat menanyakannya kepada seorang pun kecuali kepadamu’. Bersabdalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : ‘Katakanlah : Aku telah beriman kepada Allah, kemudian beristiqamalah kamu’ “. (HR Muslim)
Thursday, March 25, 2010
MINTA TOLONG DAN BERLINDUNG PADA ALLAH
Dari Abu Al ‘Abbas, ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu anhu, ia berkata : Pada suatu hari saya pernah berada di belakang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda : "Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat : Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjaga kamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu. Jika kamu minta, mintalah kepada Allah. Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya semua umat berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang sudah Allah tetapkan untuk dirimu. Sekiranya mereka pun berkumpul untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu, niscaya tidak akan membahayakan kamu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. (HR Tirmidzi)
Wednesday, March 24, 2010
SETELAH MELAKUKAN DOSA, SEGERA LAKUKAN KEBAIKAN
Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu ‘Abdurrahman, Mu’adz bin Jabal radhiyallahu 'anhuma, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan susullah sesuatu perbuatan dosa dengan kebaikan, pasti akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan akhlaq yang baik”.
(HR. Tirmidzi)
JANGAN MUDAH MARAH
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, bahwa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Berilah wasiat kepadaku”. Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Janganlah engkau mudah marah”. Maka diulanginya permintaan itu beberapa kali. Sabda beliau : “Janganlah engkau mudah marah”. (HR Bukhori)
p/s : hadis ni sepatutnye ak post hr selase, tp time tu ak pnt gler.. x smpt plak.. sori eh..
Monday, March 22, 2010
BERKATA BAIK ATAU LEBIH BAIK DIAM, SERTA MEMULIAKAN TETAMU
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jiran tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya”. (HR Bukhori)
Sunday, March 21, 2010
MENINGGALKAN YANG TIDAK BERMANFAAT
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, ia berkata : "Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : "Sebahagian daripada kebaikan keislaman seseorang itu ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya" ". (HR Tirmidzi)
Saturday, March 20, 2010
TINGGALKAN KERAGUAN
Dari Abu Muhammad, Al Hasan bin ‘Ali bin Abu Thalib, cucu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kesayangan beliau radhiallahu 'anhuma telah berkata : “Aku telah menghafal (sabda) dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu, bergantilah kepada apa yang tidak meragukan kamu"(HR Tirmidzi)
Friday, March 19, 2010
MELAKSANAKAN PERINTAH MENGIKUT KEMAMPUAN
Dari Abu Hurairah, 'Abdurrahman bin Shakhr radhiallahu 'anh, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah bersabda : "Apa saja yang aku larang kamu melaksanakannya, hendaklah kamu jauhi dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu, maka lakukanlah menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana banyak bertanya dan menyalahi nabi-nabi mereka (tidak mau taat dan patuh)" (HR Bukhori)
Thursday, March 18, 2010
SEGALA PERBUATAN BAIK ADALAH SEDEKAH
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, ia berkata : “Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : ‘Setiap anggota badan manusia diwajibkan bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, kamu menolong seseorang naik ke atas kendaraannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kendaraannya adalah sedekah, berkata yang baik itu adalah sedekah, setiap langkah berjalan untuk shalat adalah sedekah, dan menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah”. (HR. Muslim)
p/s :- hmm.. da lame x post hadis en.. sori la sape yg ade tunggu (klu ade) eh, lately ak bz sgt, ak rase korg pun mcm tu en, cari biasiswa pe sume, ak kene settleken tmpt keje lg, emm.. insya-Allah lps ni ak akn truskan post.. wassalam wbt..
Monday, March 15, 2010
SEDEY NIE~
sedey taw aq, kta sume x smpt jmpe ari tu..
klo jmpe, x sume la...
x smpt nk borak2 pown...
nk tnye ltest news la, etc...
no matter what happens, we r really a very hepi family taw...
keep in touch k!!!
Kta da usahe sme2 4 spm...
aftr diz, kta still akn usahe sme2 even we r apart...
alwiz bear in mind dat we stil hve each other....
air dicincang x kn putus an...
all d best 4 ur future..
dun afraid 2 move forward..
accept it as a challenge...
jgn tkut utk jatuh,
kalo jatuh, bangkit la blik....
ingt!!!!!
skarang sume org pndang ke hdpan,
kalo kta msih t'kial-kial,
kta akn ktinggalan,
but t bile sume da bjaya dgn cite2 masing2,
jgn lupe org yg pnah mmbantu kta...
dlm idop nie, jgn pntingkn diri sndiri,
jgn asyk nk kenakn org laen,
ingt Allah sntiase mlihat kta...
sgala pbuatan kta pasti ade balasannya....
insya'Allah...
sme2 b'usahe k!!!!!!!!!!!!
nie cre dier....
2nd: login...
3rd: tkan new post...
cm2 la azfar eyk...
Tuesday, March 9, 2010
nie dunia bru..
dri pkul 12.00 smpai 4 pg,
ak duk mbce sumtin yg korng xkn bce,
kod html,
nk modifid layout nie pnyer pasl,
utk korng, bkorban nie,
spaye mate korng sdp mmdang..
bbrape blan lpas izat sruh cri layout yg bru, tp ak sbuk,
then tetibe ak sdar blog dh tkar muke bru, tp...
nie ak jumpe yg lg ok la...
cons dier, xleh ltak apps la... so xdek la lgu...
pge nie ak edit dh sket2, wlpon ak dh mbzir 4 jam,
nie je yg modified, so, klo ad pe2 cdgn, ckp kat ak...
klo jumpe bug*, britau ak gak...
alhai,
result pun dh dkat,
cmnie...
xsmpai 24 jam lg klo kire tol2,
tolak mse mkan,
tolak mse tdo,
tolak mse chattin,
tolak mse b'kebun( pe ak mrepek nie...)
hati xtentrm nie wei...
spm,
sijil pcri maut, best way to descrbe it(maybe la)
but, i got three words, bring-it-on!!!
*bug tu mcm mslah...
Monday, March 8, 2010
ZAMRUD B
LAKSANAKAN PERINTAH AGAMA DAN MENJAUHI LARANGAN AGAMA
Dari Abu Tsa’labah Al Khusyani, jurtsum bin Nasyir radhiallahu 'anhu, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau telah bersabda : “ Sesungguhnya Allah ta’ala telah mewajibkan beberapa perkara, maka janganlah kamu meninggalkannya dan telah menetapkan beberapa batas, maka janganlah kamu melampauinya dan telah mengharamkan beberapa perkara maka janganlah kamu melanggarnya dan Dia telah mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat bagimu bukan kerana lupa, maka janganlah kamu membicarakannya”.(HR Daraquthni)
MARA edufair & FACON..
emm.. hr sbtu & ahd ni ade mara edu fair dkt pwtc dgn FACON dkt klcc.. ak nak pegi nih.. so sape2 yg nak join skali tu blh bg tau ak (fb@text) so dat kite blh mrncg prjlnan program dgn lbh lncr & brksn.. sape2 yg dkt2 mcm ezas, tareq, izzat, azfar blh la pkt pegi same2.. x de la bosan, blh bincg2 sket.. prmpuan klu nak pun blh, fadhilah ke, mira, izzah, syahirah n sape2 yg blh la.. igt ni, time tu da dpt result, so kite kene fkr psl mase dpn plak.. inform eh klu sape yg nak pegi tu..
Wassalam wbt..
Lama sudah hamba tidak menulis sepatah dua kata dalam blog berteknologi tinggi ini...
Hahahahahahahahha.. Banyak mengarut kan??
Lame siot x post ape2 dlm blog ni.. Sori la sbb aku x busy pn cume kering tekak dan kering idea untuk menulis je..
Anyway result dah nak kuar, so ramai2 mesti cuak gile kan.. Aku pn stress gak ni, tapi x sgt sbb layan novel best.. Hahahahahha Izzah yang rekomen.. korang pn bace la Trilogi Bagaikan Puteri.. Best gak la.. Aku pn bkn slalu sgt bace novel Melayu.. sekali sekala pn layan gak laa...
Sekarang ni cuaca panas terik kan? So kurangkan berjemur di luaar untuk mengelakkan unwanted tan.. Jgn jadi can aku dah gelap sikit sebab suke main panas..
Bye la.. Aku dah x tau ape nk tulis lagi..
slh info
jgn lper tgok....
skong la ummu eh...
ummu msuk tv
Kwn2, aritu ummu mcj aq...
dye ckp dye msuk tv nanti..
ari rabu nie, tv1.....
kol 10....
feymes ummu, dye nk nyanyi lgu wrisan...
msti smngat pnyer...
tp dye ckp mayb dye amek rsult 12hb...
ala, x ley la jmpe ummu...
hope we all get stret a+.. amin...
Sunday, March 7, 2010
Zamrud B
emm.. 1st skali ak nak mohon ampun dkt Zamrud A sebb ak buat promo iklan zamrud B dkt sini.. x pe eh.. perhatian dkt sume ahli homeroom Zamrud B.. nanti lps ambk result kite akn ade perjumpaaan homeroom aw.. kite ade program sket.. skjp je x lame follow je.. blh x ni?? lps tu klu nak buat perjumpaan lain, buat la.. kesian cikgu norwati weyh.. nanti nangis krg, sape susa?? igt ni.. jgn lupe..
Wassalam wbt..
SESAMA MUSLIM WAJIB SALING BANTU
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya. Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Apabila berkumpul suatu kaum di salah satu masjid untuk membaca Al Qur’an secara bergantian dan mempelajarinya, nescaya mereka akan diliputi sakinah (ketenangan), diliputi rahmat, dan dinaungi malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan makhluk-makhluk lain di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepat kenaikan darjatnya”. (HR Muslim)
Saturday, March 6, 2010
HARAMNYA BERBUAT ZALIM & MINTALAH PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH..
Dari Abu Dzar Al-Ghifari radhiyallahu anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau meriwayatkan dari Allah 'azza wa Jalla, sesungguhnya Allah telah berfirman: "Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan (berlaku) zalim atas diri-Ku dan Aku menjadikannya di antaramu haram, maka janganlah kamu saling menzalimi. Wahai hamba-Ku, kamu semua sesat kecuali orang yang telah Kami beri petunjuk, maka hendaklah kamu minta petunjuk kepada-Ku, pasti Aku memberinya. Kamu semua adalah orang yang lapar, kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu minta makan kepada-Ku, pasti Aku memberinya. Wahai hamba-Ku, kamu semua asalnya tidak berpakaian, kecuali yang telah Aku beri pakaian, maka hendaklah kamu minta pakaian kepada-Ku, pasti Aku memberinya. Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kamu melakukan perbuatan dosa di waktu siang dan malam, dan Aku mengampuni dosa-dosa itu semuanya, maka mintalah ampun kepada-Ku , pasti Aku mengampuni kamu. Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kamu tidak akan dapat membinasakan Aku dan kamu tak akan dapat memberikan manfaat kepada Aku. Wahai hamba-Ku, kalau orang-orang terdahulu dan yang terakhir diantaramu, sekalian manusia dan jin, mereka itu bertaqwa seperti orang yang paling bertaqwa di antaramu, tidak akan menambah kekuasaan-Ku sedikit pun, jika orang-orang yang terdahulu dan yang terakhir di antaramu, sekalian manusia dan jin, mereka itu berhati jahat seperti orang yang paling jahat di antara kamu, tidak akan mengurangi kekuasaan-Ku sedikit pun juga. Wahai hamba-Ku, jika orang-orang terdahulu dan yang terakhir di antaramu, sekalian manusia dan jin yang tinggal di bumi ini meminta kepada-Ku, lalu Aku memenuhi seluruh permintaan mereka, tidaklah hal itu mengurangi apa yang ada pada-Ku, kecuali sebagaimana sebatang jarum yang dimasukkan ke laut. Wahai hamba-Ku, sesungguhnya itu semua adalah amal perbuatanmu. Aku catat semuanya untukmu, kemudian Kami membalasnya. Maka barang siapa yang mendapatkan kebaikan, hendaklah bersyukur kepada Allah dan barang siapa mendapatkan selain dari itu, maka janganlah sekali-kali ia menyalahkan kecuali dirinya sendiri”.(HR Muslim)
menghitung hari....detik demi detik...
maaf kerna x mnulis dlm blog ni sbb mla2 x tau nk bkak page mane...
tnye punyer tnyer...dpt gak bkak tp bca korang punyer jer...hehe
anyway...pengumuman result x lame lgi...
harap semua dpt terima apa yg dberikan...
dan terimalah bahwa ada hikmah disbliknya nanti...
dgn sisa baki masa yg ada ni,marilah kita b'doa spya mendpt
kejayaan yg terrbaek...
harap dpt jmpa kt tgb naty..:)
Friday, March 5, 2010
PAHALA KEBAIKAN DIGANDAKAN OLEH ALLAH
Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau meriwayatkan dari Allah. Firman-Nya : “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka barangsiapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi ia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan”.
(HR. Bukhari dan Muslim)
Thursday, March 4, 2010
tiada yg mustahil bagi allah..
Terpanggil untuk mengulas sedikit mengenai trilogi bagaikan puteri. Saya yakin saudara RAM membuat kajian yang mendalam untuk menghasilkan karya tersebut. Ingin saya kongsi bersama. Kejadian Haryanie berada di hijab lain pernah saya alami dahulu. Mungkin itu membuatkan saya rasa dekat dengan trilogi tersebut. Untuk pengetahuan saudara RAM. Saya pernah sakit. Sakit yang disebut sakit kampung yang kononnya seorang manusia telah terpilih untuk mewarisi ilmu perubatan dari makhluk halus bunian. Sakit yang dialami bukanlah seperti orang terkena histeria atau rasukan hantu. Ianya bermula dengan kepala saya yang terasa berdengung dan membesar dan seluruh urat saraf sakit. Tubuh menjadi lemah. Selama berbulan benda yang sama di alami sehinggalah suatu hari saya sudah tidak punya perasan untuk berkomunikasi kerana yang berlaku hanyalah tiba-tiba saya tahu bercakap arab, hafaz Al-Quran dan boleh nampak alam ghaib. Lebih dari itu saya boleh nampak apa-apa kesakitan orang lain seolah mata mempunyai 3 Dimensi dan yang pelik sekali saya nampak bayangan apa yang bakal berlaku keesokkan hari. Keadaan ini membuatkan saya tidak keruan sehingga seorang ustaz di panggil untuk mengubati saya dan dia telah membacakan zikir-zikir sehingga saya tertidur. Bukan sahaja tertidur seperti tidur biasa, rupanya roh saya telah keluar dari badan sehingga saya boleh nampak jazad saya terbaring dan keluarga merayu saya kembali. Dalam saya tertidur saya telah berkomunikasi dan berjumpa dengan Sheikh Abdul Jabbar (salah seorang wali allah), bidan 7, hang jebat dan hang tuah. mereka ini dikatakan berdamping dengan saya dari kecil lagi. Wallahuallam. Tapi peristiwa tersebut masih terpahat sehingga sekarang. Dan keluarga saya semua bercerita bagaimana saya bertukar menjadi sorang yang brcahaya mukanya bila saja tersedar dari tidur yang selama 14 hari itu. jadi bila saudara Ramlee bercerita mengenai hijab pelayaran roh semasa koma memang ia berlaku. Saudara Ramlee tidak menipu pembaca dan saya juga tidak merekacipta peristiwa ini. Sekian.
*Dari email dari dikirim oleh Siti Zuraida Hashim
MINTA TOLONG DAN BERLINDUNG PADA ALLAH
Dari Abu Al ‘Abbas, ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu anhu, ia berkata : Pada suatu hari saya pernah berada di belakang Rasulullah, beliau bersabda : "Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat : Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjaga kamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu. Jika kamu minta, mintalah kepada Allah. Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya semua umat berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang sudah Allah tetapkan untuk dirimu. Sekiranya mereka pun berkumpul untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu, nescaya tidak akan membahayakan kamu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. (HR An-Nawawi)
alahai........... boring nyer...................
nak mintak modal ngan bapak pun kna wat paperwork gak?!?
oohh, bpak, sayng nye ko kat anak ko niee...T.T
mak ak lak lum pe2 dh pth2 kn smgat ak... xstart bisnes lg tu...
xpe, ak akn buktikn ak bleh...
biase la, bisnesman b'jaya ambek risiko kan??
p/s: gmbo kat ats xdek kna mgna ngn cite ak atau dgn yg idup @ yd dh mniggl dnia...
Result spm..
hye guys and girls.. da sah result spm kluar 11 mac nie... ak harap sgt kte sume klasmate bole jumpe mase aritu... sekejap pun x pe...ye la, sebelum kte move on to another chapter of our life.....luv u all....x kire la ape pun result kite taw...
Wednesday, March 3, 2010
hadis..
Off tu KLIA..
- hmm.. hr ni ak kene hntr parents ak pegi KLIA..
- diorg nak ke Mekah buat umrah..
- sepatutnye ak pun pegi skali, tp d'sebbkan result punye psl, terpaksa la ak tangguh niat umrah ak tu dulu..
- rmh ak skrg ni sunyi weyh, tp nasib baik ak keje, so x de la ak bosan..
- nasib baik la kakak ak tu sudi nak duk rmh dgn ak, klu x ak la jd tuan rmh..
- insya-Allah parents ak tu blk akhir bulan, diorg pegi memg lame sket..
- sape nak dtg rmh ak d'persilakan aw.. sementara ak jd tuan rumah nih..
Wassalam wbt....
IMAN, ISLAM, DAN IHSAN
Dari Umar bin Al-Khathab radhiallahu 'anh, dia berkata: ketika kami tengah berada di majlis bersama Rasulullah pada suatu hari, tiba-tiba kelihatan dihadapan kami seorang lelaki yang berpakaian putih, berambut hitam, tidak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan jauh dan tidak seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Lalu ia duduk di hadapan Rasulullah dan menyandarkan lututnya pada lutut Rasulullah dan meletakkan tangannya diatas paha Rasulullah, selanjutnya ia berkata," Hai Muhammad, beritahukan kepadaku tentang Islam " Rasulullah menjawab,"Islam itu engkau bersaksi bahwa sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan ibadah haji ke Baitullah jika engkau mampu melakukannya." Orang itu berkata,"Engkau benar," kami pun hairan, ia bertanya lalu membenarkannya Orang itu berkata lagi," Beritahukan kepadaku tentang Iman" Rasulullah menjawab,"Engkau beriman kepada Allah, kepada para Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, kepada utusan-utusan Nya, kepada hari Kiamat dan kepada takdir yang baik maupun yang buruk" Orang tadi berkata," Engkau benar" Orang itu berkata lagi," Beritahukan kepadaku tentang Ihsan" Rasulullah menjawab,"Engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihatnya, sesungguhnya Dia pasti melihatmu." Orang itu berkata lagi,"Beritahukan kepadaku tentang kiamat" Rasulullah menjawab," Orang yang ditanya itu tidak lebih tahu dari yang bertanya." selanjutnya orang itu berkata lagi,"beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya" Rasulullah menjawab," Jika hamba perempuan telah melahirkan tuan puterinya, jika engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, tidak berbaju, miskin dan penggembala kambing, berlumba-lumba mendirikan bangunan." Kemudian dia pergi, aku tetap tinggal beberapa lama kemudian Rasulullah berkata kepadaku, "Wahai Umar, tahukah engkau siapa yang bertanya itu?" Saya menjawab," Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui" Rasulullah berkata," Ia adalah Jibril, dia datang untuk mengajarkan kepadamu tentang agama kepadamu" (An-Nawawi)
jari o jari..
Tuesday, March 2, 2010
-konichiwa,
-i got messge rsult spm mayb on 11 mac..
-bufday ummu gak dat tyme
-syiera, hope u get well soon, k...
-izzah, still can;t get rid of d nvel (da bpe kali khatam nie)
-mira, hepi teaching
-miza, hish3.... rumet aq yg gdix
-paan n ina, aritu bufday korg, hepi blated bufday eh, kek jgn lupe taw
-yati, ummu, ezas n tareq still suffer in plkn,
(it's ok, u all'll get back ur freedom soon)
-iman, where on earth hve u been?
-linda tgh maen ape tu?
-mirau, toke rstoran alaf baru
-nisha, stdy leklok kt utm tu....
-tiehah, amboi siap bg mcj promote tisu eh,
-azfar, t aq nk tgok ko keje ah, nk gak complaint psl ko nie,
-mat nor, edit gmbr byk2 agy, lurv it
: aq hepi jew even x keje pown,
at least jd gak ckgu utk adik2 aq,
aq ckgu yg grang taw...
aq jdi gak chef mcm azfar,
tp aq x wat pizza la,
ari nie 1st tyme aq wat ckodok ikan bilis,
haha~
t'kial-kial aq,
but if i don't try, i'll neva know....
so, dun be afraid to know bout d future,
pray to Allah,
may Allah strengthen ur iman n will to srvive in dis
chalenging world~
DALIL YANG HALAL DAN YANG HALAM TELAH JELAS...
Dari Abu 'Abdillah An-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma berkata,"Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Allah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahawa dalam jasad ada sekerat daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”. (An-Nawawi)
p/s :-
- insya-Allah usaha ni akn berterusan selagi ak masih mampu & diizinkan Allah..
Hadis..
hmm.. dkt sini ak ade sket pengumuman.. memandangkan x rmi yg nak tulis ape2 dkt blog ni.. so ak slaku ahli jwtnkuasa kecemerlangan kls 517 (08/09) yg diketuai izzat tlh membuat keputusan untk memeriahkan blog ini dgn hadis2 sahih Rasulullah.. usaha ini adlh untk meningkatkan perasaan cinta kite terhdp Nabi Muhammad di samping menmbh ilmu.. so ak hrp krg sume bersetuju la dgn usaha murni ni.. semoga kite sume mndpt manfaatnye... setiap hr ak akn post 1 hadis aw.. so bace, hayati n amlkan.. sekian..
wassalam wbt..